Pages

03 August 2012

Oh Kuala Lumpur !



Assalamualaikum . Nak cerita lah sikit kan . Semalam aku g KL nak teman member beli barang sikit . Ya Allah , punya lah ramai orang . Jalan tu xpayah cakap lah . Bukan main jammed lagi . Ingat kan kalau time office hour nie , xde lah ramai . Tp , silap lah kalau aku fikir macam tu . Ramai sangat2 orang yang mungkin nak beli barang untuk persiapan menyambut Aidilfitri . Em , kalau dah nama pun KL kan , mana lah pernah nak sunyi kan . Dengan polis nya , DBKL nya , JPJ nya masing-masing buzy jaga lalu-lintas


Sesak 
Around sogo

Aish ! Sekarang , orang di keliling kte asyik cakap pasal raya , stesyen radio pun dah makin rancak putarkan lagu-lagu raya . Tanpa kte sedar , Ramadhan bakal melabuhkan tirai nya tidak lama lagi . Tapi , adakah kte telah mengisi nya dengan sebenar-benar amal dan ibadat kepada Nya ? Cukup ke amalan yang kte lakukan tu berbanding dengan dosa-dosa yang lampau ? Sekadar sebulan berpuasa , tapi nak tebus dosa setahun ? Cukup ke ? Fikir-fikir kan lah wahai sahabat yang dikasihi . Justeru , sentiasa lah kte beringat , bahawasa nya , Aidilfitri itu hanya sekadar untuk meraikan kejayaan kte kerana telah telah berjaya menahan diri dan nafsu selama sebulan pada bulan yang penuh keberkatan ini .


P/S : Tak salah pun kalau nak sambut Aidilfitri tu . Tp , ianya lebih elok jika kte sentiasa dalam keadaan yang bersederhana . Renung-renungkan lah . Peringatan ini buat diri sendiri juga =)