Pages

30 December 2011

9 jenis iblis

Umar al-Khattab r . a berkata , terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat .
- Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu .

2. Wathiin

- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah .

3. A'awan

- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat .
- Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama .

4. Haffaf

- Berkawan baik dengan kaki botol .
- Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras) .

5. Murrah

- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah .
- Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc .

6. Masuud

- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah , gosip , umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut .

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

- Duduk di pintu rumah kita .
- Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah , Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai , suami bertindak ganas, memukul isteri , isteri hilang pertimbangan menuntut cerai , anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi) .

8. Walahaan

- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain .

9. Lakhuus

- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari .

10. Isetan.( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )

- Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi . Terdapat di sekitar Lembah klang , singapore , Beijing & . . . . .
- Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan
- Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta . 

Pesanan: Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan. 


Tambahan :) Bertaubatlah kamu . Sesungguh nye TUHAN itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG ~
Renung-renungkan dan selamat beramal :)