Pages

27 April 2013

after a long time, it still useful

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar di bumi Sang Pencipta ini. Alhamdulillah, thank you Allah. Rasanya, dah berbulan aku tak mengarang dekat sini. What the meaning of my title?  Okay, let me explain, mulanya blog nie dah memang lama tak dibuka, sejak aku dah sambung study nie, takde masa sangat nak mengarang kat sini. Then haritu try bukak, tiba-2 je tak boleh, ingatkan dah kena block dah. So, aku pun dah malas lah nak bukak dah. Then setelah sekian lamanya, semalam Nasha duk tanya-2 aku pasal blog, aku try lah bukak semula web site nie. Alhamdulillah, masih lagi boleh guna site nie :)Sekarang tengah cuti sem, hampir 3 bulan jugak aku cuti. Ape aku nak buat selain dari makan and tidur? HAHA. Aku juga merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang berkaliber dan kadang kala menjagi PERSONAL DRIVER kepada adik-2 kesayangan aku untuk menghantar and mengambil mereka dari sekolah. Ha, tu jelah keje aku kat rumah setakat nie 


I'm a professional housewife ;p


Also a good driver *maybe HAHA

 Sekian saja hasil nukilan aku pada hari ini ;p

18 January 2013

Love my family

Assalamualaikum =)
Okay, seminggu sudah berlalu. Cuti kali ini sangat bermakna bagi aku. Even seminggu pun, tapi sangat berharga. Banyak benda yang aku dah buat sepanjang cuti nie. Aku sangat terharu sejak dari awal aku mula sambung belajar. Keluarga aku support 100% apa yang aku buat. Terutama parents aku. Kalau aku perlukan sesuatu, mereka sentiasa ada bersama aku. Thanks mak, ayah. Angah sayang mak dengan ayah sangat2 <3 
My Heart and I love them <3


Al kisah bermula apabila aku perlukan seorang guru bagi menerangkan maksud article arab untuk aku jadikan bahan assignment. Maklum lah, aku nie bukan nya hebat pun bahasa arab nie, so perlukan guru untuk membimbing aku. And mak sanggup carikan ustazah untuk tolong aku. Wow! sangat2 terharu pada saat itu. Dan mak sanggup hantar aku ke class tu walaupun mak sangat2 buzy. Terasa sangat yang mak dengan ayah sanggup buat ape je untuk aku, asalkan aku dapat hadiahkan mereka dengan kejayaan yang membanggakan :) Dan sejak hari itu, aku mula BERNEKAD untuk terus belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi membalas jasa dan pengorbanan mereka. Dan aku mula terasa yang aku sedang memikul sebuah amanah yang sangat besar dalam agama serta keluarga aku. Aku sering berdoa "Ya Allah, Tabahkanlah hati ini dalam menempuh dugaan dan cabaran-Mu" Semoga doa ini dimaqbulkan. Dan semoga aku lebih matang dalam menempuh hari2 yang akan mendatang. Umur pun dah makin meningkat tahun nie :D
Mohon restu dari sahabat-sahabat agar dapat mendoakan aku agar dapat berubah ke arah yang LEBIH baik dari sekarang. InsyaAllah. Terima kasih kepada yang sudi membaca entry kali ini ;p

P/S: Sebagai peringatan untuk diri sendiri agar tidak lupa akan amanah yang sedang dipikul :)

Keistimewaan memeluk islam




Hanya sekadar peringatan dan untuk renungan bersama.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a  " Rasulullah S.A.W bersbda yang bermaksud : " Apabila seseorang memeluk islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat kali gandakan sepuluh sampai tujuh puluh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya "
(al-Bukhari)


P/S : Begitu indah nya ajaran islam yang sangat memberikan begitu banyak ganjaran kepada orang yang melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas dan istiqamah. Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan beriman kepada Nya. InsyaAllah ~


Islam itu indah =)



11 January 2013

Tahun Baru


Assalamualaikum :)
Hye guys. Alhamdulillah kte masih lagi diberikan peluang untuk terus merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan juga nikmat ISLAM. Semoga dengan bertambahnya setahun lagi usia kte pada tahun ini, maka akan bertambah jua lah amalan juga ibadah kte sebagai seorang khalifah Ilahi :) InsyaAllah. Rasa nya belum terlambat lagi kalau nak wish "Selamat Tahun Baru 2013" kepada rakan-2 sekalian. Semoga tahun ini akan mendatangkan lebih kebaikan dan kerahmatan kepada anda semua. Ingatlah bahawasanya hidup ini memerlukan pengorbanan dan penghijrahan. Semoga kte sama-2 akan berubah serta dapat berhijrah ke jalan yang benar. "Sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya". Dan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan berdoalah kepadaku nescaya  akan ku perkenankan kepada-Mu" Semoga dengan ini, serba sedikit dapat memotivasikan serta memberi muhasabah diri kepada kita. BarakaAllahu'alaikum wa InsyaAllah :)


P/S:  Tidak lupa juga peringatan ini buat diri sendiri yang terkadang leka serta lalai dengan nikmat dan pemberian-Nya.
 WaAllahu'alam

29 December 2012

My New Life start here

Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas diatas muka bumi ini. Alhamdulillah. Dah lama rasa nya tak menaip nie. Saje lah nak share story pasal kehidupan baru dekat KUIS nie. Alhamdulillah, suasana kat sini sangat tenang dan islamic. Taklah bebas macam dekat sesetengah IPT lain. Alhamdulillah aku berada dalam situasi itu :) Jadi, peluang aku untuk berubah ke arah yang lebih baik itu adalah lebih tinggi. InsyaAllah dengan izin-Nya. Kat sini, aku jugak dapat roomate and classmate yang baik dan memahami. Syukur kepada Allah kerana telah memberikan aku segala kebaikan dan mempermudahkan segala urusan aku disini. Setakat nie, aku enjoy belajar kat sini. Mudah-mudahan rasa ini akan terus kekal hingga aku berada di sem-8 nanti. 
My roomate 





My Classmate

Inilah wajah-wajah penguat aku ketika berada di KUIS. Semoga ukhuah yang terbina ini akan terus kekal hingga ke Jannah-Nya. Amin. Semoga aku mendapat ilmu yang sangat berguna sepanjang aku berada disini. Cita-cita aku teramatlah tinggi untuk terus menimba segala ilmu yang baru mahupun memperbaiki kelemahan diri yang sedia ada. Mohon jasa baik dari rakan-rakan untuk terus menyokong dan mendoakan aku untuk berubah kearah yang lebih baik :) InsyaAllah. Mulanya aku sedih sebab tak dapat IPT yang sama dengan sahabat-sahabat lain, tapi aku sangat yakin dan percaya bahawasanya Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Aku juga yakin dengan ayat ini "SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL" Sentiasalah kita berdoa, "Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan jangan sesekali kau persulitkan" Mudah-mudahan aku akan memperoleh segulung ijazah yang sangat berguna buat agamaku, diri sendiri, keluarga jua masyarakat. Amin


P/s : Semoga apa yang aku impikan ini akan menjadi satu kenyataan dan bukan sekadar satu khayalan

21 December 2012

ta'aruf week

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku mengarang blog aku setelah lama blog ini ditinggalkan. Ceh ayat aku! HAHA. Tapi memang dah lama kot aku tak mengarang blog nie. Nasib baik blog nie takde format macam nak buat karangan BM tu. Kalau tak, dah lama aku lupa :D Sebenarnya, nak share cerita about my new life kat KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA [KUIS], Bangi. First tarikh aku register kat kuis nie 19/11/2012 and then, bermula lah life aku sebagai seorang yang bergelar "PELAJAR" And biasa lah, kalau dah nama student baru tu, mesti lah ada minggu orentasi nya kan. Kami kat sini panggil "TA'ARUF WEEK" Ta'aruf week kami berjalan selama seminggu. Aku nie pulak rasa, Aish! Lama kot seminggu tu. And aku rasa, aku nie lah orang yang paling tak sabar nak habis ta'aruf week tu ha sebab sepanjang aku sekolah, aku tak pernah langsung kena orentasi. And this is for the first time aku kena orentasi. Kesian kan aku? HAHA. Banyak benda dan pengalaman yang sangat menarik selama aku berada dalam ta'aruf week tu. Dari aku tak tahu, sekarang dah tau. Memang terbaik lah pengisian die sepanjang ta'aruf week tu.
Ecah and me
Terbaikkk!
Group 5
Zety and me
Ecah and miza
hasil mural kami
kumpulan ta'aruf kami



Thank you for all TAARUF COMMITTEE [TC] and all of my friend because make me happy and learn about the new life :) Kini bermulalah kehidupan yang baru disini. Semoga setiap amalan dan ibadajku diterima Allah S.W.T
And now i've enjoy study here 

14 September 2012

☺ my best moment with you ☺

Assalamualaikum
Alhamdulillah , dapat jugak kte jumpa lagi kan . Firstly , kredit thank you to wa and family :) Seminggu nie aku berjalan je keje . Hari khamis tu , dari selayang ke puncak alam . Then g rumah atiL kat KOTA PUTERI , kuala selangor . Huh ! 5 jam jugak perjalanan kte kan . Mana x nya , duk singgah sana sini :D Dah macam aku balik kampung kot . Pagi Jumaat tu pulak ke KL . Ceh ! Konon lah nak gerak awal , nanti boleh balik awal . Tapi , Hampeh ! Hahaha ! Saje duk ikut teman dorang g beli beli barang sikit . Maklum lah , masing masing dah nak pergi jauh kan . Mesir lah , Jordan lah =) 
Dua budak Jordan , sorang tu budak mesir =)
Comel je budak budak nie ☺

Then , sabtu tu pulak pegi SBPI Jempol kat Negeri Sembilan . Nak amek adik wa bawak balik rumah , sebab wa dah nak balik dah . So , kira last jumpa lah tu kan . Jauh jugak sekolah tu . Ada lah dalam 3jam jugak perjalanan kami nak ke sana tu . Esok nya pulak teman wa g beli barang barang yang die nak bawak balik sana . Then petang tu , g hantar semula adik wa kat SBPI tu then singgah kat rumah makcik die kat area Felda Jempol tu jugak . Aish , memang berjalan jelah keje aku kan :D
Okay , isnin tu pulak kami ikut kecik g usim , sebab die dak settle kan urusan die . Die nak keluar , nak g mesir :( Masing masing nak g jauh kot . Sedih aku . Tapi xpe , sume nak g tuntut ilmu kan . Belajar rajin rajin cik :) Best sangat dapat g usim haritu , dapat jumpa member member kat sana . Dorang dah lah major kat sana . Best lah korang kan dapat jumpa semula kat sana :)
   Gambar xjelas lah pulak -.- 
Sengal jugak lah ada tu :D
   Sempat lagi , sebelum kami balik :D 

Dapat jugak kte g usim kan wa :)

Seronok sangat dapat jumpa dengan dorang sume , kepada yang xsempat jumpa tu , sorry lah ye korang . Ktorang pun datang kejap je haritu . Nanti kalau ada masa kte jumpa lagi ye . InsyaAllah =)
Pejam celik pejam celik , dah seminggu aku stay kat PUNCAK ALAM tu . Hehehe . Then semalam wa dah nak balik jordan dah , sedih kot :( Tapi nak buat camana kan , nak xnak , die kena balik jugak . Hehe . Sedih kot tengok wa dengan family die masa kat KLIA tu .
blurr pulak gambar nie -.-

Sempat lagi kami bergambar sebelum die nak turun tu 
Never mind , that the last one with you :)
Jaga diri wa , sayang kau ☺
Selamat jalan :)

Alhamdulillah , dalam pukul 9 lebih (malam)waktu Malaysia wa cakap die dah selamat sampai sana . Okay lah , at least aku tau kau dah selamat sampai kat sana wa . Jaga diri tau , belajar rajin rajin . Semoga kte dapat jumpa lagi . Aku akan sentiasa doakan kau . InsyaAllah :)

P/S : Sorylah , gambar2 sume nya xberapa nak jelas , sebab guna nset je . Lupa pulak nak bawak camera haritu . Hehehe

♥ UHIBBUKUMFILLAH ABADAN ABADA 







31 August 2012

after seven years split . . Finally

Assalamualaikum =)
Okay , this post only just for refresh our memory after seven years split :D
Tujuh tahun , satu tempoh yang memang tersangat lah lama . Macam macam boleh jadi dalam masa 7 tahun tu kan . Aish ! Aku still rasa macam mimpi kot :D Okay , cerita die macam nie . Baru2 nie aku terjumpa lah profile member aku sorang nie , nama die Hanis and then aku tiba tiba je rasa macam nak follow up pasal die , lastly just follow je die punya profile tu . Sampai lah aku rasa mcm jadi stalker die . Haha ! Ktorang dulu rapat lah jugak kat sekolah rendah tu ha sebab kami nie serupa . Serupa dari segi ape tu xpayah tanya lah kan . Kami je yang tau . Hahaha ! Follow3 , Sampai lah aku jumpa die kat INSTAGRAM . Then baru lah start tegur and main comment2 . Die tu dulu duduk kat area taman dekat rumah aku nie je . Sebelah taman je pun . Tapi sekarang dah duduk kat kelantan . And nak register esok kat USIM . Then semalam around pukul 4 pagi die bertolak dari kelantan tu nak g ke kL nie . Tiba tiba je dalam pukul 11 tu die duk mcg aku yang die dah sampai selayang . Dah alang alang kat selayang tu kan , then aku pun jemput lah die datang rumah =) Xsangka , die datang betul2 . Siap bawak family lagi . Hehe . Padahal kami baru je contact dalam 3 hari lepas . Haha ! Btw , memang jodoh kami kot dapat jumpa . Great :D
And cerita yang sama jugak , jiran aku yang SELANG 5 RUMAH tu kan nama die Cheah . Tapi harap nama je jiran , 7 tahun jugak xjumpa nya . Haha ! Bak kata die ,
 " AKU ANAK DARA , DUDUK RUMAH JE " Hampeh punya budak ! Haha ! Sampai number die pun aku xpernah ada kot . Teruk2 ! Haha ! Then bila Hanis dah sampai rumah , barulah aku dapat number jiran yang SELANG 5 RUMAH tu . Haha ! Last2 jumpa jugak lah kami . Owh My ! Dorang bedue tu still sama . Xde ape pun yang berubah . Just aku je makin TINGGI kot :D Tp dapat sembang kejap je , sebab Hanis nak g puchong pulak lepas tu ada kenduri kawen cousin die ke ape tah . Sembang punya sembang , tiba tiba aku rasa macam semalam je aku baru habis sekolah rendah tu :) Hanis2 , kau still macam dulu . Yo ! Haha ! Semangat mak kau ajak kami satu family datang kelantan sane . InsyaAllah ! Cheah , aku rasa , kau memang layak dapat award " ANAK DARA PALING SEJATI " dalam taman kte nie weh :D atau bak kata mak Hanis and amin " orang minyak " Haha !
Tiba tiba je aku rasa macam hari nie hari jejak kasih aku . Haha ! Thank you guys . Nice to meet you and keep in touch =)
And ini lah akibat nya bila dah 7 tahun berpisah kan . .
cheah , Hanis , aku
okay , aku paling tinggi :D 
Nothing change 

Then xlama lepas dorng balik tu , member2 adik aku pulak datang . Memang full lah rumah aku kan hari tu . Then lepas asar tu pulak tibe je member2 abang aku cakap nak datang rumah . Memang ramai lah kan kalau dorang dah start konvoi tu . Haha ! Ada lah jugak dalam 7 ke 8 buah kereta datang . Sampai lah dekat maghrib tu baru balik . Jumpa jugak lah aku dengan budak budak RON91 tadi . Aish ! Aku rasa memang betul lah , hari nie hari jejak kasih aku agak nya -.-
 Penuh rumah aku tadi
Sampai jugak setelah bertahun tahun jemput =)

Then malam tu pulak , member aku iela cakap nak datang dengan member2 uia die . Aku pun on jelah . Around pukul 10 baru sampai rumah aku . Kesian dorang sesat . Haha ! Lepas nie kena selalu datang nie . Barulah xsesat . Hehe . And then dorang balik dekat pukul 12 kot . Memang raya betul lah korang kan . Okay , hasil nya . .
sempoi je budak budak nie 
Aku pun layan  jelah 
Padahal aku xpernah kenal pun ngn dorang sume tu . Aku kenal iela je . Xpe , raya tahun nie , aku dapat ramai kot kawan baru . Alhamdulillah ~
Okay , aku rasa nie lah entry aku paling panjang kot . Haha ! Exited punya pasal ~ Dari pagi sampai malam , rumah aku silih berganti dengan tetamu . Never mind , tetamu tu kan membawa berkat . Hehe . Okay guys , korang buat aku rasa raya tahun nie raya yang paling special kot . Thank you . Thank you =) until we meet again and again and again :D





30 August 2012

janji Allah untuk hamba Nya

    Assalamualaikum :)
I just want to share with you with what i know 
  
                 
Kte selalu bace kan doa nie time solat . Tapi , tersangat lah RUGI andai kte tak tahu apa makna disebalik doa ini . Subahanallah !
Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 :
“ Berdoalah kepadaKu , niscaya akan Aku perkenankan bagimu . Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina ” .      

Pintaku agar kalian terus menerus menjaga hubungan hati dengan Allah demi meraih bekalan yang barakah . Setiap diri yang sentiasa berdoa , akan merasai faedah dan kelebihan yang Allah anugerahkan seperti :
  1. Mendapat ketenangan jiwa , perasaan dan fikiran .
  2. Tidak mudah menyerah kalah , rasa kecewa dan putus asa . 
  3. Beroleh perisai diri yang mampu menghadapi berbagai tekanan .
  4. Sentiasa dipermudahkan menghadapi apa jua masalah .
  5. Menguatkan iman dan tawakkal kepada Allah .
  6. Dapat memelihara diri dari perbuatan sia-sia dan berdosa . 
Perlu juga kalian merebut peluang memanjatkan doa pada waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa . Seperti :
  1. Selepas mengerjakan solat fardhu
  2. Waktu diantara azan dan iqamah
  3. Ketika bersujud di dalam solat
  4. Selepas solat subuh 
  5. Subuh sebelum matahari terbit
  6. Waktu tengah malam / sepertiga malam
  7. Ketika berpuasa
  8. Sewaktu bermusafir / dalam perjalanan
  9. Pada malam Jumaat dan malam Lailatul Qadar
  10. Waktu di antara dua khutbah
  11. Pada waktu kita teraniaya dan dizalimi
Di samping itu setiap kali berdoa sebaik-baiknya menepati adab-adab berdoa :
  1. Sebelum berdoa sebaiknya dalam keadaan bersih , berwudhu’ dan mengadap kiblat .
  2. Memulakan doa dan mengakhirinya dengan memuji Allah SWT dan membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
  3. Hati mesti hadir , khusyuk , tenang dan penuh berharap Allah mengabulkan doa kita .
  4. Berdoa dengan suara perlahan dan mengangkat tangan separas hidung .
  5. Merapatkan kedua tapak tangan dan setelah selesai berdoa , menyapukan tapak tangan ke muka .
  6. Doa permohonan itu sebaik-baiknya diulang-ulang sebut sebanyak tiga kali . 

     

 P/s : InsyaAllah Allah akan perkenankan permohonan kte sume . Ingatlah bahawa " sesungguh nye Allah itu Maha mendengar permohonan setiap hamba-hamba nye " Janganlah kite pernah merasa jemu dalam berdoa . Justeru itu , marilah kite same-same megadu setiap ape yang berlaku dalam hidup ini kepada Maha pencipta kerana Allah itu tidak pernah jemu mendengar permohonan dari hamba nya dan mengetahui ape yang terbaik bagi setiap hamba nya . InsyaAllah  =)