Pages

18 January 2013

Love my family

Assalamualaikum =)
Okay, seminggu sudah berlalu. Cuti kali ini sangat bermakna bagi aku. Even seminggu pun, tapi sangat berharga. Banyak benda yang aku dah buat sepanjang cuti nie. Aku sangat terharu sejak dari awal aku mula sambung belajar. Keluarga aku support 100% apa yang aku buat. Terutama parents aku. Kalau aku perlukan sesuatu, mereka sentiasa ada bersama aku. Thanks mak, ayah. Angah sayang mak dengan ayah sangat2 <3 
My Heart and I love them <3


Al kisah bermula apabila aku perlukan seorang guru bagi menerangkan maksud article arab untuk aku jadikan bahan assignment. Maklum lah, aku nie bukan nya hebat pun bahasa arab nie, so perlukan guru untuk membimbing aku. And mak sanggup carikan ustazah untuk tolong aku. Wow! sangat2 terharu pada saat itu. Dan mak sanggup hantar aku ke class tu walaupun mak sangat2 buzy. Terasa sangat yang mak dengan ayah sanggup buat ape je untuk aku, asalkan aku dapat hadiahkan mereka dengan kejayaan yang membanggakan :) Dan sejak hari itu, aku mula BERNEKAD untuk terus belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi membalas jasa dan pengorbanan mereka. Dan aku mula terasa yang aku sedang memikul sebuah amanah yang sangat besar dalam agama serta keluarga aku. Aku sering berdoa "Ya Allah, Tabahkanlah hati ini dalam menempuh dugaan dan cabaran-Mu" Semoga doa ini dimaqbulkan. Dan semoga aku lebih matang dalam menempuh hari2 yang akan mendatang. Umur pun dah makin meningkat tahun nie :D
Mohon restu dari sahabat-sahabat agar dapat mendoakan aku agar dapat berubah ke arah yang LEBIH baik dari sekarang. InsyaAllah. Terima kasih kepada yang sudi membaca entry kali ini ;p

P/S: Sebagai peringatan untuk diri sendiri agar tidak lupa akan amanah yang sedang dipikul :)

Keistimewaan memeluk islam




Hanya sekadar peringatan dan untuk renungan bersama.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a  " Rasulullah S.A.W bersbda yang bermaksud : " Apabila seseorang memeluk islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat kali gandakan sepuluh sampai tujuh puluh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya "
(al-Bukhari)


P/S : Begitu indah nya ajaran islam yang sangat memberikan begitu banyak ganjaran kepada orang yang melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas dan istiqamah. Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan beriman kepada Nya. InsyaAllah ~


Islam itu indah =)



11 January 2013

Tahun Baru


Assalamualaikum :)
Hye guys. Alhamdulillah kte masih lagi diberikan peluang untuk terus merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan juga nikmat ISLAM. Semoga dengan bertambahnya setahun lagi usia kte pada tahun ini, maka akan bertambah jua lah amalan juga ibadah kte sebagai seorang khalifah Ilahi :) InsyaAllah. Rasa nya belum terlambat lagi kalau nak wish "Selamat Tahun Baru 2013" kepada rakan-2 sekalian. Semoga tahun ini akan mendatangkan lebih kebaikan dan kerahmatan kepada anda semua. Ingatlah bahawasanya hidup ini memerlukan pengorbanan dan penghijrahan. Semoga kte sama-2 akan berubah serta dapat berhijrah ke jalan yang benar. "Sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-Nya". Dan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan berdoalah kepadaku nescaya  akan ku perkenankan kepada-Mu" Semoga dengan ini, serba sedikit dapat memotivasikan serta memberi muhasabah diri kepada kita. BarakaAllahu'alaikum wa InsyaAllah :)


P/S:  Tidak lupa juga peringatan ini buat diri sendiri yang terkadang leka serta lalai dengan nikmat dan pemberian-Nya.
 WaAllahu'alam