Pages

29 December 2012

My New Life start here

Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas diatas muka bumi ini. Alhamdulillah. Dah lama rasa nya tak menaip nie. Saje lah nak share story pasal kehidupan baru dekat KUIS nie. Alhamdulillah, suasana kat sini sangat tenang dan islamic. Taklah bebas macam dekat sesetengah IPT lain. Alhamdulillah aku berada dalam situasi itu :) Jadi, peluang aku untuk berubah ke arah yang lebih baik itu adalah lebih tinggi. InsyaAllah dengan izin-Nya. Kat sini, aku jugak dapat roomate and classmate yang baik dan memahami. Syukur kepada Allah kerana telah memberikan aku segala kebaikan dan mempermudahkan segala urusan aku disini. Setakat nie, aku enjoy belajar kat sini. Mudah-mudahan rasa ini akan terus kekal hingga aku berada di sem-8 nanti. 
My roomate 





My Classmate

Inilah wajah-wajah penguat aku ketika berada di KUIS. Semoga ukhuah yang terbina ini akan terus kekal hingga ke Jannah-Nya. Amin. Semoga aku mendapat ilmu yang sangat berguna sepanjang aku berada disini. Cita-cita aku teramatlah tinggi untuk terus menimba segala ilmu yang baru mahupun memperbaiki kelemahan diri yang sedia ada. Mohon jasa baik dari rakan-rakan untuk terus menyokong dan mendoakan aku untuk berubah kearah yang lebih baik :) InsyaAllah. Mulanya aku sedih sebab tak dapat IPT yang sama dengan sahabat-sahabat lain, tapi aku sangat yakin dan percaya bahawasanya Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Aku juga yakin dengan ayat ini "SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL" Sentiasalah kita berdoa, "Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan jangan sesekali kau persulitkan" Mudah-mudahan aku akan memperoleh segulung ijazah yang sangat berguna buat agamaku, diri sendiri, keluarga jua masyarakat. Amin


P/s : Semoga apa yang aku impikan ini akan menjadi satu kenyataan dan bukan sekadar satu khayalan