Pages

15 February 2012

anda di mata orang lain

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik .
Sambil memegang wang RM100 , dia bertanya kepada hadirin ,

“ Siapa yang nak duit ini ? ”

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat .

“ Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu ”


Dia berdiri mendekati hadirin . Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk .
 
Lalu bertanya lagi ,

“ Siapa yang masih mahu duit ini ? ”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang .

“ Baiklah  ,” jawabnya ,

“ Apa jadinya bila saya melakukan ini ? ”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya . Meski masih utuh , kini wang itu jadi amat kotor , lusuh dan amat renyuk .

" OK , sekarang masih ada yang berminat ? ”
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak .

Hadirin sekalian , Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting . Apapun yang terjadi dengan wang ini , anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya .

Biarpun renyuk , lusuh dan kotor , wang ini tetap bernilai RM100 juga . .

Dalam kehidupan ini , kita pernah beberapa kali terjatuh , terkoyak , dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu .

Dalam keadaan seperti itu , kita merasa tak berharga , tak bererti .
Padahal apapun yang telah & akan terjadi , anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda , lebih-lebih lagi di mata Tuhan .

Jadi walau bagaimana kotor pun anda , kita masih mempunyai nilai yang tersendiri . Sayangilah diri anda , bertaubat jika membuat dosa , terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga .

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama , hanya iman dan takwa yang membezakan kita .





 




P/S : jika kte telah membuat kesalah , cepat2 lah kte memohon keampunan kpd yang Maha Pencipta kerana sesungguh nye , Maha Pencipta itu juga adalah Maha Penerima taubat hamba2 nye . Pesanan buat sahabat2 juga diri sendiri ;)